Friday, October 29, 2010

aRa

letihNye aku ptg ni,br jew bik dr survey iks td....
ni aku buke r fb jp pas2 ada lak tbace artikal yg
org post kt fb nie...
kisah ni sal khdupan suami istri...pew yg jd aku tertarik
gn artikal ni name wife dia ni ara...teringat lak aku si ara
aku 2...mule2 dia ctr sal mule2 dia knl thn kawin n spjg
pkahwinan dia..laki ni ckp yg bini dia ni kureng bckp n
cam umh dia ni jd sunyi gn pwatakan ara ni....then
laki dia ni bowing gn khdupan dia ni dia kuar bhibur
gn dak2 opis dia,biase dia kuar gn pompuan r...
wife dia ni lak prasan gn perubahan laki dia 2 then bg r
lampu hijau tuk laki dia ni kawin satu lg tp biar lah pompuan yg
nk kawin 2 jenis pompuan yg baik2...
satu ari wife dia ni jatuh sakit n doc kt sakit dia ni barah tengkuk
so dia ni x bole byk sgt bckp...brlah suami dia sedar yg selama ni
why bini dia ni kureng bckp...laki dia ni trasa bsalah yg amat
n satu ari dia tjpe gn kotak jam yg jd hantaran kawin diaorg...
then dlm kotak 2 plok tjpe skeping kertas yg wife dia tulis...
lpas dia bace br dia th yg wife dia ni tul2 sygkn dia....
dipendekan ctr wife dia ni pergi n tingggalkn dia gn anak dia..

p/s:npe ek kt br nk hargai org yg kt sekeliling kt lps dia dh xde
gn kt...mng ni kew lumrah manusia...aku arap aku x jd mcm ni n
aku akan cube yg tbaik tuk org sekeliling aku...

Thursday, October 28, 2010

...hari paling teruk....

ari ni aku gn team aku present MOT
kiteorg prepare bnda ni sampai x tdo
mcm r tuk siapkn slide tuk present..
pg td dah lah tali tie aku hilang tpkse pkai
tie yg kureng match gn bj...perh 2 kire pmulaan
pg yg truk...
sampai lah time kami present gua tgok
muke lec kami cam xpuas ati jew gn care ktorg prepare
slide..team lain dia tye soalan tp team ktorg dia comment
mng x bole blah jew ayat dia sound...
dia ckp cam ni"nk srh dia ckp melayu ke bahase inggris,nti ckp
ingriss xphm plok"mcm lah ktorg ni bodo sgt...
....sakit ati kuase 2....
hahahah

Wednesday, October 20, 2010

Ibuku Seorang Pembohong....

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Saturday, October 16, 2010

softskill yg memenatkan

ari minggu ni spatutNya aku lepak kt umah
tp ada plok gn softskill...klu ikutkn ati mng xmo g tp
terpakse g gop,x g nti fail lop...
strt pg sampai ptg dgor ceramah dah lah mkanan pn
dia x sedia....mng x patut pas2 kne lop pakai sluar slax
hurrmm rimasNye...
bersabor lah tinggal esop sari lg pas 2 merdeka r
kt gn program softskill ni...
td ada gop part yg aku join 2 pn pceramah 2 pndai
tarik perhatian...dia jor kiteorg buat bola gne kertas...
kreatif gop tp dia ada r selitkan input mse xtvt 2...
hahaha gua chou lu...

Friday, October 8, 2010

tq ibu

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar karena mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu…
Karena dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak,… engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak karena kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman, karena ibu kecewa dan berurai air mata…

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar, atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Karena menunggu dari jam ke jam, menit ke menit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu surga
Karena kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan adzan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Karena dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan tetesan-tetesan dan tegukan tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku…
Hidup memang pilihan…
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu kepingpun bagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…


p/s tq ibu for everting..im love u so much..

selec song 4 this month..

Luahan Hati Lyrics

Pertama kali ku bertemu denganmu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun baru kita bersua muka
Namun aku telah jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu

C/O:
Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikalau kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini, terguris jiwa ini
Menangis tk berlagu...
Ohhh...
Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku tk akan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari...
Dirimu tetap ku nanti...

Ohhh...
Sayangku pimpinkan tanganmu
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga...

Oh kasih..

p/s seyes lagu ni mng bez gle...dlm
minggu ni lagu ni yg aku dgor,hahaha.
meh kt dgo sme2

Thursday, October 7, 2010

Tuesday, October 5, 2010

im back

hahaha tajuk mcm dlm muvie jew kn...sbnor aku nk kbo yg smlm
aku botakkan kepale tuk kali kedua sepanjang kehidupan aku
diump...walaupun aku mng dari raye lg aku nk botakkan kpale
tp xsampai hajat aku tuk botakkan kpale...bkn lah aku ske sgt
stille ni tp stille ni sempoi n ntah huhuuhu...byak gop aku dpt
tentangan tuk wk botak ni mak gn ayah aku pn x suke,si dia pn
mng xske sgt aku botak...wlpun aku jauh dari dia aku bgth gop yg
aku botak n xmo tipu dia..ni aku buat botak ni pn kire cover baru
tuk buku baru aku....buku lame aku dah buang jauh2 n xmo tgok dh buku
lme 2...k gua chou lu..

Monday, October 4, 2010

new life 4 me

dalam 2 3 hari ni ada sesuatu yang berlaku dalam hidup aku..
aku cam diberi pelung tuk hidup semula..benda ni terjadi
dalam hidup aku n aku baru sedar yg slame ni hidup aku ni
terlalu byk aku lakukan kesilapan...aku bjajni gn diri aku
xmo lg lakukan bnda yang same lg...
aku akn trus berusaha tuk ubah cikit2 n perbaiki semua...
aku bersalah sgt gn org2 sekeliling aku...
hari ni akan jadi titik permulaan tuk aku mgkin mse ni aku msti
ubah semua yg berlaku...
dulu aku sokmo nk tahu sal tahap kesetian pompuan n uji pompuan2 yg
dekat gn aku
tanpa aku sedar keinginan aku smakin tinggi tuk th seme 2...bermula skrg aku
xkn lg buat bnda yg sama...skrg aku hanya pk seowang pompuan jew n aku
arap aku bole buat dia bahagia...
leo's name aku gn dia...skrg name 2 aku msti gne kn gn dia...
kpd semua plz suport aku ehh...hahaha xdop lg lee yg lame..
aku harap aku ada kekuatan tuk buat seme ni....

Saturday, May 1, 2010

ni bkn cinta 3 segi, bace lu br th...


Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai
sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan
hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar
dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa
pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa
letih.lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu
telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar
sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui
saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang
sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi,
semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh
berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya
kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan
suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah
mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang
ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan
keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan
penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta
yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang
malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang
mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang
tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang
boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia
bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran
Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab
dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya
didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti;
Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang
ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang
memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah
yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan
memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah
mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya
menemui selembar kertas dengan coretan tangannya
dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang
bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan
alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati
saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik
program didalamnya dan akhirnya menangis di depan
monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya
boleh membantu Siti untuk memperbaiki program
tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti
keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya
boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti
ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi
selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di
tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai
yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."


"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik'
Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan
tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang
sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu
risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus
membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu
tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus
menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang
dapat menolong mengguntingkan kukumu dan
memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing
menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir
yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang
bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat
airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh
mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan
oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti.
Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,
kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan
tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha
untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan
Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini,
dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong
bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang
berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi,
jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang
masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang
tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagianya
Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang
terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan
pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan
wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti
kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah
mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah
cinta, di saat kita merasa cinta itu telah
beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita
merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam
'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah
hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita
bayangkan sebelum ini. Cubalah kita ambil ikhtibar dari
cerita ini.. :)

p/s mgkin cite ni u all dah penah bace kn tp klu kt phm pew
yg dia nk sampaikan kn sweet 2...cinta ni mng ssh nk
dibace n diphami,so rami r kt try jge apew yg kt
ada..ermmm dia datang tanpa disedar n dipergi
gn sekelip mate..tp jgn r plok kt lupe
cinta hakiki kt jgn cbuk gn cinta
sesame makluk jew...cinta pn
bole buat sum1 jd gile
mcm cerita cinta tiga
segi tuu...

Saturday, April 24, 2010

ump yg semakin pelik

aku pening r gn pentadbiran ump
pelik r gn pegurusan dia...
aku xbole duk hostel ump
bodo r buat kpusan gn drastik
dh r gn umah x cari lg
klu ada umah pn msti r
kne byor deposit lg..dh r
ptptn lambat msuk tuk sem dpan
nk cekor mane r pitih...dah r br bgth
spe2 yg bole duk hostel...
agak2 lah ump oiii...
same2 r kt kecam kputusan ni...

Monday, April 12, 2010

doa putus cinta

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Bila mengalami kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri dan seumpamanya, maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekecewaan tersebut:-

Letak tapak tangan pada dahi atau dada, kemudian baca Ayat 39 : Surah Ar-Ra'ad -
YAMHULLAHU MAA YASHAA'
(Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNYA)

Setelah selesai baca ayat ini, genggam tapak tangan, kemudian buat isyarat membuang.

Wallahu A’lam

Tuesday, March 30, 2010

~DiArI SeOrNg IbU~

Salam… baru2 ni aku ada join satu forum ni kt tenet.. dlm forum ni ada mcm2 chat, article n mcm2 lg r..mlm ni aku sign in forum ni n aku tgok kt ruangan article yg di post kt ctu…aku tertarik sgt tajuk artikal ni “ diari seorang ibu” mgkin aku ttarik coz aku windu sgt my mom n dad kt kg 2….ble aku strt selam diari ni aku jpe mcm yg menarik pmbacaan aku…
Ntah aku x th nk mula mcm mne tuk story sal ctr ni but I’ll try 2 all of u understand…bermula dengan sorg ibu yg dlm lingkungan 30an yg menganungkan anak ke2… ibu ni face gn mcm dugaan smasa lahirkan baby ni…
Nak dipndekan cerita lahirlah baby boy yg ditggu oleh mom ni…diaorg suami istri sangat epy mse 2 coz dpt baby boy coz dia org dah ada baby gurlz so sepasang r anak diaorg…mom ni lahirkan baby yg pramatang klu bahasa mudah xckp bulan r…so baby ni tpaksa ditukar kan kt wad lain…selang bebrapa hari mom ni dpt t yg baby dia ni ada sakit jantung berlubang n tpaksa bwk kt IJN..mom ni mng seorg yg tabah dia redha dgn ketentuan yg dia terima…
Dihari baby n ink dihantar kew IJN hosp call dia kt ada msalah tacnical so baby ni tpaksa tggu tukmsk kew IJN..for da first time mom ni nagis coz sesal gn pew yg menimpa baby dia..tp dia ttp jd seorg yg bfikiran positf 4 da baby n suami dia…selang beberapa hari baby dia msk kt IJN…
bermulaNye keperita yg ditanggung di IJN…mom ni tabah kan ati dia dia cube xnagis dpn semua org tutamaNya suami dia…mum ni tpaksa tinggalkn husna anak pertama diaorg tuk jge baby boy yg nama qaid…satu lagi berita yg doc bg th kt mom ni yg bole hancurkan sekali lg ati seorg ibu is doc kesan ada kuman dlm perut qaid….
Mom ni hamper xbole terime semua nit p dia tpaksa jg tadah tuk suami n qaid....doc bg th lg klu qaid selamat pn msti dia ni cacat n bkn mcm bdk2 yg normal coz qaid x cukup oksigen n xbole lawan kuman 2…mom nib g th kt suami dia walau pew pn trjadi dia msti terima dgn redha..aku pn xth dari mne kekuatan mom ni mgkin aku duk kt tmpat dia aku xkn sekuat dia….
Mom nix bole bg susu qaid nig n normal coz qaid x kuat tuk isap susu gn cara 2 dia tpaksa gne kn tiup…mom ni terpaksa kuat tuk terima seme ni n setiap 3 jam dia akan perah susu tuk qaid….sampai satu hari qaid xmampu tuk terus bernafas doc dh buat CPR 6 kali…mom ni terpaksa terima yg allah lebih syg kn qaid…
Mom ni dah hilang arah dia nagis n terus nagis dia peluk suamiNye yg gagal kawal perasan,sekali lg mom ni tpaksa kuat tuk tenangkan suami dia….dlm prosos uruskan jenazah qaid mom ni peluk kwn2 yg ada kt wad 2 spaya pew yg trjadi ni mjd iktibar dlm menjaga anak…
Hari2 yg dilalui sangat perit mom ni terpaksa berpantag tnpa qaid disisi n terpaksa lihat brg2 qaid yg dbeli yg blum dipakai…
Aku rase dah panjang sangat aku cerita kt u all…skarang dah terbukti kasih saying seorg ibu wlpun hanya beberapa hari…cerita ni buatkn perasan aku turun naik jew…harap jd iktibar tuk semu yg membaca…
Aku harap kita pandai hargai mereka sekeliling kite terutama mom n dad…byeee

Sunday, March 28, 2010

perhatian


MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR.
KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA.
DIA SENYUM KEPADAMU.SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU KPDNYA.
DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN.
KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA.

DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU.
TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI.
BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK.
KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA.
DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG
PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA.

KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA.
JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH
DGNKEBENCIAN.
KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA:



DEAR_________,
SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA
BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK
MENDENGARNYA.SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA
DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK.

SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU.
SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA.
SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG.
SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT.
SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.

SALAM KASIH SAYANG,

KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA.
TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU.
IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA.
DAN DIA PUN MENANGIS.DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN
ANAKNYA.
KAMU SUDAH TERLAMBAT.KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN SELAMAT TINGGAL.

p/s:aku harap gn post ni dapat r kite same2 hargai kawan2 yg ada disekeliling kite.
jgn r kwn tuk kepentingan...harapan aku jgnlah bnda yg sama cam kt atas 2 tjd kt kite...mgkin kite xsedar yg khadiran sesorg tapi ble dia tinggalkn kite br kite tcari2 dia mse 2 br lah kita nk hargai dia...kite seme dah bole pk 2 seme kn..
mengenali kwn ni kadang kala bole sbabkn kite mgalirkan air mata,wujud perasan mrh,benci,syg n mcm2 lg r...tp sedar x sedar mengenali kawan 2 adalah 1 anugrah yg amat besar dari dia tuk kite...biarpun hadirNye sekadar sementara bersama2 kite so hargailah seme 2 sementara masih ada harapan...
to her thanq 4 give me this 4 post dlm blog ni huhu...
jgn bace je eh, try r paham pew yg nk aku sampaikn ni...

Monday, March 22, 2010

from her....

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..lm
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali..... .

xtahu nk tulis lg pew yg ada kt dalam ni
coz mse ni kepale aku kosong sgt2,rase mcm
br jew lepas format...tp ada jew bnda yg
jadi batu dalam kepale ni..perhhh bile r
batu 2 bole terurai or bertukar jd permata..
aku dah puas bermain gn mse tgu je mse tuk
aku jd sesorg...?
kadang2 tpikir gak kalu kt bole save memory
yg indah n buang jew memory yg jd batu tuk
hidup kite...tp yg kite bole buat kita ni
dilahirkn manusia yg serba kurang...
tuk yang ata 2 same2 r kite paham tuk
hidup kite ni....

Tuesday, March 16, 2010

Rejab : Pengertian, Peristiwa Penting & Amalan

Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa Penting

1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.



4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Friday, March 12, 2010

friendship

pada suatu hari di sekolah,
seorang murid bertanya pada guru,.
ketika itu,guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.
pelajar,"cikgu,macammana kte nak pilihseorang yang terbaik sebagaiorang yang paling kte sayang?mcm mana jga kasih sayang itu nak berkekalan??"
cikgu,"ok,kamu ikut apa yang saya suruh,..
kamu pergi ke padang,.kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu,.pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali,.dan petik rumput yang paling cantik,bawa ke kelas"
apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun di tangannyer..cikgu bertanya,"kenapa tiada rumput yang dipilih?"
pelajar,"tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput yang paling cantik.memang ada banyak yang cantik,,tapi cikgu cakap petik yang paling cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi..
tapi sampai di penghujung padang,saya tak jumpa pun yang paling cantik,mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi da cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,jadi tiadalah rumput yang saya petik.."



kwn ada mne2 jew kan tp sshkn kt nk dapat yg betul2 bole dipanggil kwn,

kwn yg bole sme2 waktu ssh kn..ermm pgajaran kat atas 2 mng bguna

tp skrg ni ssh nk cari kawan..aku teringat satu msg yg best frnz aku

sent kt aku, klu x salah r text dia bunyi gni " aku minta kpd

tuhan setangkai bunga segar,tp dia bg kaktus berduri,bla

aku minta kupu2 dia bagi aku ulat berbulu...aku sedih

dan kecewa..namun kemudian kaktus i2 bbunga

indah sekali dan ulat itu jd kupu2 yg cntik...

itulah jalan tuhan indah pada maseNye

dia x mberi apa yg kite nk tp dia bagi

ape yg kite perlu,kadang2 kita

terluka tp jauh dats segala

dia tlh atur yg tbaik tuk

kite.."mgkin pgajarn

tlalu besar tuk

difahami..

.............

.........

.....

...

..

.

ape2 pn aku arap kte seme dpt pew yg kt nk okeiii...

dpt kawan sejati yg bole dipangil kawan,kawan mse

senang n susah..tggu lah selagi ada waktu,coz tiap2

yang trjadi ada hikmah tuk kite seme..enjoy yr life..

........................okeii chou dulu.........................

Tuesday, March 9, 2010

- majlis cukur rambut -





cute kn baby ni...5hb march 2010 satu majlis cukur rambut tuk baby yang comel ni.
byk gak pic yg tangkap tp ni cukup r tuk uplode dlm blog aku ni...
pic aku gn baby xde mse ni coz aku yg ambik gambor,huhu...
dlm majlis ni sekor kabing dikorbakan tuk baby ni...
ari tuk sembelih kambing 2 aku br jew sampai
darp kuantan ke ganu, sampai jew trus tuka
baju gn seluar then kne lapah kambing
2 plok..2 3 ari 2 mng letih r tp epy r
coz majlis 2 bjalan gan lancar
huhu..mse majlis 2 mng
ramai sgt org mari
mujurlah cukup
makanan..
k r bye..
nti lah
post
lg.
.

Wednesday, February 24, 2010

kelahiran putri ptama kak aku...


ni baru pas minum susu



tdo dlm iman



nur adela arisa
ni anak saudara aku yg ke 9
pic aku tangkap mse cuti br ni
ni br je post dlm blog
bzy sgt skrg ni byk sgt keje
yg kne wk
tambahlak skrg ni xde mud nk main blog
epy sgt dpt anak sdre baru ni..
ntah r kak aku gn abg aku epy cam ne
tahniah kak sya n bob
wish baby ni comel n x nakal
uhhuhu..
tp baby ni ada x mirip pok sdra dia
haha msti r ada kn..